“Kita tidak boleh membincangkan masa depan bahasa Melayu tanpa membincangkan masa depan masyarakat Melayu. Bahasa Melayu ialah produk kehidupan orang Melayu. Sejarah bahasa Melayu ialah sejarah orang Melayu. Masa depan bahasa Melayu akan menjadi masa depan orang Melayu juga.” – Allahyarham A. Samad Ismail

Saturday 26 February 2011

Ayat Tunggal


 Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat.

             
- Subjek        :  Bahagian ayat yang diterangkan.   
- Predikat      :  Bahagian ayat yang menerangkan subjek.                       
- Contoh       :




Penerangan:

                          - Sabar itu dan bahasa ialah subjek.
                          - Manakala separuh daripada iman dan jiwa bangsa ialah predikat.



v BINAAN SUBJEK.
 
Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur yang berikut:

                                                     
1)    Subjek Kata Nama.
Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada :


SUBJEK
PREDIKAT
Abangnya (nama am)
Jentik-jentik itu (nama am)
jurutera.
akan menjadi nyamuk.
Osman (nama khas)
Perdana Menteri Malaysia (nama khas)
penyanyi terkenal.
telah melawat Eropah.
Kesilapan itu (nama terbitan)
Pukulannya (nama terbitan)
satu pengajaran
sungguh kuat




2)    Subjek Kata Ganti Nama.
Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada:   

  1. Kata Ganti Nama Orang:


                                 
    
       
     2.  Kata Ganti Nama Tunjuk (Umum):


                                    

                          

                  3. Kata Ganti Nama Tunjuk (Tempat).

                                         


                                          

                                         


SUBJEK
PREDIKAT
    1. Saya

pelajar.
2.  Ini
     Itu
buku saya.
kawan saya.
  3. Sini
      Situ
       Sana
perhentian bas yang baharu.
kedai buku sekolah kami.
tempat orang beriadah.




3)    Subjek Kata Kerja.
Ada sejenis kata kerja yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek iaitu kata kerja yang mangambil tugas kata nama.


SUBJEK
PREDIKAT
Melukis
Mengarang
Bersawah padi
menjadi kegemarannya.
ialah pekerjaan mulia.
dapat mendatangkan hasil.








              
                                     
4)    Subjek Kata Adjektif.
Ada juga sejenis kata adjektif yang berfungsi sebagai subjek sesuatu ayat yakni  kata adjektif yang mengambil tugas kata nama.


          

SUBJEK
PREDIKAT
Putih
Lemah-lembut
Miskin
ialah warna pilihan Anis.
sifat orang-orang timur.
jangan dipandang hina.




v BINAAN PREDIKAT.

- Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur- unsur utama berikut:


1- Predikat Frasa Nama.
Binaan frasa nama yang menjadi predikat sama seperti binaan frasa nama yang berfungsi  sebagai subjek dalam sesuatu ayat. 
Tegasnya, unsur ini boleh terbina daripada:


SUBJEK
PREDIKAT
Ahmad
Tegurannya
guru (nama am)
satu pengajaran (nama am)
Beliau
Bangunan itu
Pengarah Pendidikan Negara (nama khas)
Muzium Negara (nama khas)




2- Predikat Frasa Kerja.
Frasa kerja yang menjadi predikat dalam sesuatu ayat terbentuk daripada unsur- unsur berikut:


2.1. Kata kerja asal.
a)    Kata kerja asal tidak berimbuhan
b)    Kata kerja asal berimbuhan
2.2. Kata kerja terbitan
2.3. Kata bantu
a)             Kata bantu aspek
b)             Kata bantu ragam
2.4. Unsur keterangan



2.1.    Kata kerja asal.

a)    Kata kerja asal tidak berimbuhan.
-Kata kerja asal tidak berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada satu kata dasar sahaja, dan boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif.


KATA KERJA TAK TRANSITIF
KATA KERJA TRANSITIF
kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut.
 kata kerja yang memerlukan objek.
Contoh kata kerja tak transitif yang tidak berimbuhan ialah : mandi, keluar ,tidur, hilang, naik, terbang, ketawa, datang, pulang, dan sebagainya.
Dalam Bahasa Melayu, kata kerja transitif biasa yang penggunaannya tidak memerlukan imbuhan amat kecil bilangannya. Contoh : makan dan minum
Contoh:
1. Bapa Aliah tidur.
2. Ali mandi di sungai.
3. Dia masuk dengan tertib.
Contoh:
1. Monyet itu makan pisang.
2. Kucing saya minum susu.




b)    Kata kerja asal berimbuhan.
-Kata kerja asal berimbuhan pula ialah kata kerja yang terdiri daripada
gabungan kata dasar dan imbuhan.
-Kata ini boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif.


KATA KERJA TAK TRANSITIF
KATA KERJA TRANSITIF
Contoh kata kerja berimbuhan yang tak transitif adalah seperti menari, bernyanyi,        bersenam, berehat, berbincang, bertolak, berkumpul, tertidur, terjatuh, dan terbalik.
 Contoh kata kerja asal berimbuhan jenis transitif adalah seperti mengarang, mengikat, menggoreng, mengerami, menjahit,memahami, mendengar, memikirkan, menghantar, dan mengorbankan.      
Contoh:
1. Orang tua itu berehat di bilik.
2. Mereka bersenam setiap
    hari.
3. Pegawai itu bertolak ke Ipoh.
Contoh:
1. Dia mengarang sebuah cerita
    jenaka.
2. Perompak itu mengikat tangan
    kerani wang itu.
3. Halimah menjahit pakaian
    ibunya.




2.3.    Kata kerja terbitan
Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang asalnya bukan daripada golongan kata kerja, tetapi daripada golongan kata yang lain seperti, kata nama atau kata adjektif. 

Untuk manjadi kata kerja terbitan, kata nama atau kata adjektif tersebut memerlukan imbuhan:

- meN-.....- kan,
- meN-....... i, atau
- memper-.....

Contoh :
                                  i.    Encik Sulaiman menyekolahkan anaknya.
                                ii.    Zakaria menemani ibu tua itu.
                               iii.    Bapa kami memperindah serambi rumah.



2.3.    Kata bantu
Kata bantu yang menjadi unsur frasa kerja ialah perkataan yang hadir sebelum kata kerja.
Terdapat dua jenis kata bantu dalam Bahasa Melayu.

a)      Kata bantu aspek.
Kata bantu aspek ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan  sesuatu perbuatan  dari segi masa, sama ada telah, sedang, atau akan dilakukan.

Contoh kata bantu aspek :
Akan, sedang, sudah, belum, masih, telah, pernah, baru, dan  mula.

Contoh:
                                          i.     Saya akan menulis surat kepada Ali.
                                        ii.     Negara Malaysia sedang pesat membangun.
                                       iii.    Dia telah pergi ke Rusia pada tahun lalu.


b)      Kata bantu ragam.
Kata bantu ragam ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang dikaitkan dengan perbuatan yang dilakukan.

Contoh kata bantu ragam :
Hendak, mesti, mahu, patut, boleh, mungkin, harus, dapat, dan enggan.

Contoh:
                       
                        

                                                                                               Awak mesti belajar bersungguh- sungguh.
                                      

Dalam bahasa Melayu, kata bantu boleh hadir secara berderetan lebih daripada satu dalam ayat, iaitu sebelum kata kerja. 
Contoh:
                                          i.    Orang tua itu sedang hendak pergi ke bandar.
                                        ii.    Mereka harus sudah biasa.
                                     




2.4.    Unsur keterangan
Frasa kerja yang boleh menerima frasa keterangan.

Frasa keterangan ialah unsur yang menerangkan kata kerja secara lebih lanjut lagi.

Contoh:

                                
                                  

                                                                                Dia berjalan dengan cepat.
                               
                                  



3- Predikat Frasa Adjektif.
Frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat terdiri daripada kata adjektif, iaitu kata adjektif selapis atau kata adjektif ganda.

Contoh :
                                        i.      Ibu pejabat firma itu besar.
                                      ii.     Pakaian jelitawan itu sangat cantik.


Kata adjektif selapis boleh hadir selepas kata penguat hadapan seperti amat, sangat,      sungguh, cukup, dan terlalu.

Contoh:
                                        
                                                          
                                                        Kucing itu sangat hitam.
                                  



Selain itu, kata adjektif juga boleh hadir sebelum kata penguat belakang seperti sungguh,sekali, betul, dan sebagainya.



 Contoh:
                                  
                            

                                                  Kereta itu laju sekali.


Kata adjektif boleh digandakan untuk memberi erti banyak dan berbagai- bagai rupa bentuk serta sifatnya.

Apabila kita menggunakan kata adjektif berganda, subjek jamaknya tidak perlu digandakan.

Contoh: 




                                         Bangunan di bandar raya tinggi- tinggi.



4- Predikat Frasa Sendi Nama.
Frasa sendi nama yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh frasa nama.

Contoh :
                                      i.    Adik saya di rumah..
                                    ii.    Ali ke sekolah.
                                   iii.    Bapaku pulang dari kota.



No comments:

Post a Comment