“Kita tidak boleh membincangkan masa depan bahasa Melayu tanpa membincangkan masa depan masyarakat Melayu. Bahasa Melayu ialah produk kehidupan orang Melayu. Sejarah bahasa Melayu ialah sejarah orang Melayu. Masa depan bahasa Melayu akan menjadi masa depan orang Melayu juga.” – Allahyarham A. Samad Ismail

Thursday 24 February 2011

Ayat Majmuk Campuran

Ayat yang mengandungi lebih dari satu jenis ayat. Yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk. Biasanya panjang.


Contoh 1 :

Ahmad sedang membaca buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur.

  • Ayat ini terdiri daripada ayat majmuk gabungan yang disambungkan dengan kata hubung tetapi. 
  • Ayat pertama ialah (Ahmad sedang membaca buku) sementara ayat yang kedua ialah (kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur). 
  • Ayat yang kedua ini merupakan ayat majmuk juga kerana terdapat ayat relatif, iaitu (yang sudah letih lesu) dipancangkan ke dalamnya.

Contoh 2 :

Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun 2002, yang telah menerima suntikan tersebut.

  • Dalam ayat ini terdapat 2 ayat relatif yang dipancangkan ke dalam ayat induk, iaitu (yang lahir dalam tahun 2002) dan (yang telah menerima suntikan tersebut). 
  • Subjek ayat majmuk ini ialah (mereka), kata kerjanya (mendaftarkan) dan objek tepat (kanak-kanak).

Daripada 2 contoh di atas, jelas kelihatan bahawa ayat bahasa Melayu sebenarnya boleh terdiri daripada berbagai-bagai bentuk. Disamping ayat tunggal, ayat dalam bahasa Melayu dibentuk melalui proses pemajmukan.

 Contoh: ayat pendek tetapi ayat majmuk.

Kereta yang sentiasa rosak itu dibaiki lalu dijual olenya.

Ada tiga ayat kecil dalam ayat majmuk di atas :
  • Kereta itu dibaiki olehnya.
  • Kereta itu dijual olehnya.
  • Kereta itu sentiasa rosak.

Kesimpulannya, dalam bahasa Melayu sesuatu ayat itu boleh terdiri daripada satu ayat tunggal, atau deretan ayat yang dibina melalui proses gabungan, relatif, komplemen atau keterangan.

Contoh:

1- Dalam bidang pendidikan zaman penjajah, penggunaan bahasa Melayu amat terbatas kerana bahasa itu tidak pernah diberikan peluang bertugas sebagai bahasa pengantar bidang sains dan teknologi.

2- Bangsa kita memang terkenal di seluruh dunia dengan sifat lemah lembut dan bertatatertib yang tinggi nilainya dan mulia.




No comments:

Post a Comment