“Kita tidak boleh membincangkan masa depan bahasa Melayu tanpa membincangkan masa depan masyarakat Melayu. Bahasa Melayu ialah produk kehidupan orang Melayu. Sejarah bahasa Melayu ialah sejarah orang Melayu. Masa depan bahasa Melayu akan menjadi masa depan orang Melayu juga.” – Allahyarham A. Samad Ismail

Monday 21 February 2011

Ayat Majmuk Pasif


Contoh yang diberikan dalam huraian di atas merupakan contoh ayat majmuk aktif.

Kesemua ayat majmuk aktif ini jika mengandungi kata kerja transitif, boleh dijadikan ayat pasif.

  
Contoh :

A : ayat majmuk gabungan
1- aktif : Saya minum teh dan Aminah makan nasi.
2- pasif : Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Aminah.


B : ayat majmuk relatif
1- aktif : Mereka menonton wayang yang lucu itu.
2- pasif : Wayang yang lucu itu ditonton oleh mereka.

C : ayat majmuk komplemen (komplemen objek).
1- aktif : Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula 
               pada bulan hadapan.
2- pasif : Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan 
              diterangkan oleh guru.

D : ayat majmuk keterangan
1- aktif : Ali akan membeli buku itu kalau ayah 
              membenarkannya.
2- pasif : Buku itu akan dibeli oleh Ali kalau ayah 
              membenarkannya.




No comments:

Post a Comment