“Kita tidak boleh membincangkan masa depan bahasa Melayu tanpa membincangkan masa depan masyarakat Melayu. Bahasa Melayu ialah produk kehidupan orang Melayu. Sejarah bahasa Melayu ialah sejarah orang Melayu. Masa depan bahasa Melayu akan menjadi masa depan orang Melayu juga.” – Allahyarham A. Samad Ismail

Saturday, 26 February 2011

Ayat Tanya



Ayat Tanya terbahagi kepada dua kategori  iaitu :
1.   Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
2.   Ayat Tanya dengan Unsur Tanya. 

1.      Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
Ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat.

Sekiranya di dalam penulisan , nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?).
Contoh:-
Encik Adam pengurus syarikat itu?

Catatan:- 
Ayat tanya jenis ini juga boleh disertai partikel tanya -kah yang diletakkan pada predikat ayat. Sekiranya hal ini berlaku, bahagian yang menerima partikel -kah itu mengalami proses pendepanan.

Contoh:-
Ke Melakakah kamu minggu lalu? 

Konstituen yang dijadikan fokus diikuti oleh -kah + Subjek + unsur predikat lain (jika ada)

Contoh:-
Konstituen yang dijadikan fokus diikuti oleh -kah
Subjek
unsur predikat lain
(jika ada)
i)  Ke sekolahkah
Dia
-
ii) Ke Melakakah
Kamu
Minggu lalu

Tetapi, subjek tidak boleh mempunyai partikel -kah sekiranya mengalami proses pendepanan ayat.
Contoh:-
Encik Alikah guru itu? –salah
Ayat yang mempunyai kata hubung relatif (yang) ada pendepanan partikel -kah
Contoh:-
Diakah yang ke sekolah? 

Ayat- ayat yang pasif seperti yang ternyata
Contoh:-
a)      Surat itu ditulis oleh Ahmad.
b)      Surat itu ditulis oleh Ahmad ?
c)      Ditulis oleh Ahmadkah surat itu?

Contoh kesalahan:-
salah- Ahmadkah tulis surat itu?           
betul- Ditulis oleh Ahmadkah surat itu?

2.      Ayat Tanya dengan Unsur Tanya
Ayat tanya yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak. Ayat tanya jenis ini tergolong daripada tiga golongan.

a)      Ayat tanya dengan kata tanya- ayat yang mengandungi kata tanya seperti beberapa, bagaimana, bila, mengapa dan kenapa. Kata tanya menduduki unsur predikat seperti:- 
Contoh susunan biasa:-
i.     Harga barang ini berapa?
ii.    Hari perkahwinannya bila?
iii.   Awak datang lambat kenapa?

Mengalami proses pendepanan untuk hasilkan ayat yang berikut:-
Contoh:-
i.     Berapa harga barang ini?
ii.    Bila hari perkahwinannya?
iii.   Kenapa awak datang lambat?

Sekiranya bahasa lisan, ia mestilah memerlukan partikel -kah.
Contoh:-
i.     Berapakah harga barang ini?
ii.    Bilakah hari perkahwinannya?
iii.   Kenapakah awak datang lambat?


b)     Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya- ayat yang mengandungi kata ganti nama tanya seperti apa, siapa, mana.

Kata ganti nama tanya menduduki bahagian predikat.
Contoh susunan biasa:-
i.     Benda itu apa?
ii.    Dia itu siapa?
iii.   Budak itu mana?

Mengalami proses pendepanan predikat.
Contoh:-
i.     Apa benda itu?
ii.    Siapa dia itu?
iii.   Mana budak itu?

Sekiranya bahasa lisan, ia mestilah memerlukan partikel -kah.
Contoh:-
i.     Apakah benda itu?
ii.    Siapakah dia itu?
iii.   Manakah budak itu?

Ayat tanya jenis ini juga boleh wujud dalam ayat pasif.
Contoh:-
Apakah yang kamu buat?

Contoh kesalahan:-
salah- Apa nama kamu?
betul- Siapa nama kamu?

c)      Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya- ayat yang didahului oleh frasa sendi nama tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, dengan siapa, daripada siapa dan sebagainya.

Frasa sendi nama tanya hadir dalam predikat.
Contoh susunan biasa:-
i.     Tuan tinggal di mana?
ii.    Ali hendak ke mana?
iii.   Kamu menetap di kampung ini sejak bila?

Proses pendepanan predikat dengan partikel -kah.
Contoh:-
i.     Di manakah tuan tinggal?
ii.    Ke manakah Ali hendak pergi?
iii.   Sejak bilakah kamu menetap di kampung ini?

Contoh kesalahan penggunaan ayat :-
Daripada manakah pelancong itu datang? - salah
Dari manakah pelancong itu datang?         - betul
                                            
3.   Ayat Tanya Terbuka Dan Ayat Tanya Tertutup.

a)    Ayat tanya tertutup- ayat yang memerlukan jawapan ya, tidak atau bukan.

Contoh:-
Soalan-   Puan Siti pengurusnya?
Jawapan- Ya, Puan Siti pengurusnya.

b)   Ayat tanya terbuka- ayat tanya yang jawapan tidak terhad kepada prkataan ya, tidak atau bukan. Tetapi sebaliknya bergantung kepada maksud yang terkandung dalam ayat tanya tersebut.

Contoh :-
Soalan-   Dari manakah pelancong itu datang?
Jawapan-Pelancong itu datang dari Korea.

Tetapi, ada juga dalam kalangan pelajar yang menjawab soalan tidak mengikut kehendak soalan.

Contoh kesalahan penggunaan ayat :-
Soalan : Kamu datang lewat?
Jawapan : Saya datang lewat kerana ketinggalan bas.

Pembetulan:-
Soalan : Kamu datang lewat?
Jawapan : Ya saya terlewat. 

Sekiranya ditanya dengan ayat tanya terbuka, mestilah dijawab selain ya/tidak atau bukan

Soalan : Kenapa kamu datang lewat?
Jawapan : Saya datang lewat kerana ketinggalan bas.










                                                                                                                                                       









LATIHAN :
Tuliskan jenis ayat tanya yang sesuai dalam kurungan dibawah:
1)   Apa yang kamu dapat pelajari daripada pelajaran ini?   
    (..........................)

2)   Dari manakah kamu bertiga datang?                          
    (..........................)

3)   Bola itu disepak oleh Shahrul?                                  
    (..........................)

4)   Sejak bilakah kamu tinggal di kampung ini?               
    (..........................)

5)   Berapakah harga basikal ini?                                   
    (.........................)

Ayat Perintah

  • Ayat ini digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
  • Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua (awak, kamu, engkau dan sebagainya) yang biasanya digugurkan.
  • Terbahagi Kepada 4 Jenis :
  1)      Ayat Suruhan
  2)      Ayat Larangan
  3)      Ayat Permintaan
  4)      Ayat Silaan


1)     Ayat Suruhan
- Ayat yang digunakan dengan tujuan memberi perintah atau arahan
- Subjek (kata ganti nama kedua) digugurkan

-Walaubagaimanapun, subjek boleh digunakan untuk tujuan penegasan
Contoh :
a)          Tangkap penjenayah itu.
b)         Tinggalkan mulut anda di sini.
c)          Pergi engkau dari sini!


- Ayat-ayat suruhan juga boleh menggunakan partikel ‘lah’untuk
  melembutkannya di samping menegaskan predikat

              Contoh :
a)          Ambillah wang ini
b)         Awak siapkanlah kerja itu sekarang
c)          Pergilah dari sini
d)          Menangislah sepuas-puas hatimu




2)    Ayat Larangan
- Ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak 
  usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang 
  melakukan sesuatu

- Boleh menggunakan partikel ‘lah’ dan perkataan harap untuk
  melembutkannya

  Contoh :
a)          Jangan menangis lagi
b)         Usah kaupercaya kata-katanya lagi
c)          Usah dikenang perkara yang lepas
d)          Awak tak usahlah datang lagi
e)          Harap jangan berludah

- Ada sejenis ayat larangan yang bersifat umum
  Contoh :









      












3)    Ayat Permintaan
- Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong 
  dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan

- Perkataan tolong dan minta kebiasaannya digunakan pada permulaan 
  ayat.

              Contoh :





4)   Ayat Silaan
- Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum 
  kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang

- Boleh menggunakan partikel ‘lah’ untuk melembutkannya

  Contoh :
a)          Sila makan buah-buahan itu
b)         Jemput duduk
c)          Silalah datang ke rumah saya
d)          Jemputlah masuk






KESALAHAN DALAM AYAT PERINTAH


* Penggunaan kata silaan dalam ayat perintah. 
  - Tolong jangan merokok   -salah
    Jangan merokok                 -betul

  - Minta tunggu di luar.   -salah
    Tunggu di luar.               -betul

Ayat Tunggal


 Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat.

             
- Subjek        :  Bahagian ayat yang diterangkan.   
- Predikat      :  Bahagian ayat yang menerangkan subjek.                       
- Contoh       :




Penerangan:

                          - Sabar itu dan bahasa ialah subjek.
                          - Manakala separuh daripada iman dan jiwa bangsa ialah predikat.



v BINAAN SUBJEK.
 
Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur yang berikut:

                                                     
1)    Subjek Kata Nama.
Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada :


SUBJEK
PREDIKAT
Abangnya (nama am)
Jentik-jentik itu (nama am)
jurutera.
akan menjadi nyamuk.
Osman (nama khas)
Perdana Menteri Malaysia (nama khas)
penyanyi terkenal.
telah melawat Eropah.
Kesilapan itu (nama terbitan)
Pukulannya (nama terbitan)
satu pengajaran
sungguh kuat




2)    Subjek Kata Ganti Nama.
Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada:   

  1. Kata Ganti Nama Orang:


                                 
    
       
     2.  Kata Ganti Nama Tunjuk (Umum):


                                    

                          

                  3. Kata Ganti Nama Tunjuk (Tempat).

                                         


                                          

                                         


SUBJEK
PREDIKAT
    1. Saya

pelajar.
2.  Ini
     Itu
buku saya.
kawan saya.
  3. Sini
      Situ
       Sana
perhentian bas yang baharu.
kedai buku sekolah kami.
tempat orang beriadah.




3)    Subjek Kata Kerja.
Ada sejenis kata kerja yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek iaitu kata kerja yang mangambil tugas kata nama.


SUBJEK
PREDIKAT
Melukis
Mengarang
Bersawah padi
menjadi kegemarannya.
ialah pekerjaan mulia.
dapat mendatangkan hasil.








              
                                     
4)    Subjek Kata Adjektif.
Ada juga sejenis kata adjektif yang berfungsi sebagai subjek sesuatu ayat yakni  kata adjektif yang mengambil tugas kata nama.


          

SUBJEK
PREDIKAT
Putih
Lemah-lembut
Miskin
ialah warna pilihan Anis.
sifat orang-orang timur.
jangan dipandang hina.




v BINAAN PREDIKAT.

- Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur- unsur utama berikut:


1- Predikat Frasa Nama.
Binaan frasa nama yang menjadi predikat sama seperti binaan frasa nama yang berfungsi  sebagai subjek dalam sesuatu ayat. 
Tegasnya, unsur ini boleh terbina daripada:


SUBJEK
PREDIKAT
Ahmad
Tegurannya
guru (nama am)
satu pengajaran (nama am)
Beliau
Bangunan itu
Pengarah Pendidikan Negara (nama khas)
Muzium Negara (nama khas)




2- Predikat Frasa Kerja.
Frasa kerja yang menjadi predikat dalam sesuatu ayat terbentuk daripada unsur- unsur berikut:


2.1. Kata kerja asal.
a)    Kata kerja asal tidak berimbuhan
b)    Kata kerja asal berimbuhan
2.2. Kata kerja terbitan
2.3. Kata bantu
a)             Kata bantu aspek
b)             Kata bantu ragam
2.4. Unsur keterangan



2.1.    Kata kerja asal.

a)    Kata kerja asal tidak berimbuhan.
-Kata kerja asal tidak berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada satu kata dasar sahaja, dan boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif.


KATA KERJA TAK TRANSITIF
KATA KERJA TRANSITIF
kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut.
 kata kerja yang memerlukan objek.
Contoh kata kerja tak transitif yang tidak berimbuhan ialah : mandi, keluar ,tidur, hilang, naik, terbang, ketawa, datang, pulang, dan sebagainya.
Dalam Bahasa Melayu, kata kerja transitif biasa yang penggunaannya tidak memerlukan imbuhan amat kecil bilangannya. Contoh : makan dan minum
Contoh:
1. Bapa Aliah tidur.
2. Ali mandi di sungai.
3. Dia masuk dengan tertib.
Contoh:
1. Monyet itu makan pisang.
2. Kucing saya minum susu.




b)    Kata kerja asal berimbuhan.
-Kata kerja asal berimbuhan pula ialah kata kerja yang terdiri daripada
gabungan kata dasar dan imbuhan.
-Kata ini boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif.


KATA KERJA TAK TRANSITIF
KATA KERJA TRANSITIF
Contoh kata kerja berimbuhan yang tak transitif adalah seperti menari, bernyanyi,        bersenam, berehat, berbincang, bertolak, berkumpul, tertidur, terjatuh, dan terbalik.
 Contoh kata kerja asal berimbuhan jenis transitif adalah seperti mengarang, mengikat, menggoreng, mengerami, menjahit,memahami, mendengar, memikirkan, menghantar, dan mengorbankan.      
Contoh:
1. Orang tua itu berehat di bilik.
2. Mereka bersenam setiap
    hari.
3. Pegawai itu bertolak ke Ipoh.
Contoh:
1. Dia mengarang sebuah cerita
    jenaka.
2. Perompak itu mengikat tangan
    kerani wang itu.
3. Halimah menjahit pakaian
    ibunya.




2.3.    Kata kerja terbitan
Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang asalnya bukan daripada golongan kata kerja, tetapi daripada golongan kata yang lain seperti, kata nama atau kata adjektif. 

Untuk manjadi kata kerja terbitan, kata nama atau kata adjektif tersebut memerlukan imbuhan:

- meN-.....- kan,
- meN-....... i, atau
- memper-.....

Contoh :
                                  i.    Encik Sulaiman menyekolahkan anaknya.
                                ii.    Zakaria menemani ibu tua itu.
                               iii.    Bapa kami memperindah serambi rumah.



2.3.    Kata bantu
Kata bantu yang menjadi unsur frasa kerja ialah perkataan yang hadir sebelum kata kerja.
Terdapat dua jenis kata bantu dalam Bahasa Melayu.

a)      Kata bantu aspek.
Kata bantu aspek ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan  sesuatu perbuatan  dari segi masa, sama ada telah, sedang, atau akan dilakukan.

Contoh kata bantu aspek :
Akan, sedang, sudah, belum, masih, telah, pernah, baru, dan  mula.

Contoh:
                                          i.     Saya akan menulis surat kepada Ali.
                                        ii.     Negara Malaysia sedang pesat membangun.
                                       iii.    Dia telah pergi ke Rusia pada tahun lalu.


b)      Kata bantu ragam.
Kata bantu ragam ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang dikaitkan dengan perbuatan yang dilakukan.

Contoh kata bantu ragam :
Hendak, mesti, mahu, patut, boleh, mungkin, harus, dapat, dan enggan.

Contoh:
                       
                        

                                                                                               Awak mesti belajar bersungguh- sungguh.
                                      

Dalam bahasa Melayu, kata bantu boleh hadir secara berderetan lebih daripada satu dalam ayat, iaitu sebelum kata kerja. 
Contoh:
                                          i.    Orang tua itu sedang hendak pergi ke bandar.
                                        ii.    Mereka harus sudah biasa.
                                     




2.4.    Unsur keterangan
Frasa kerja yang boleh menerima frasa keterangan.

Frasa keterangan ialah unsur yang menerangkan kata kerja secara lebih lanjut lagi.

Contoh:

                                
                                  

                                                                                Dia berjalan dengan cepat.
                               
                                  



3- Predikat Frasa Adjektif.
Frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat terdiri daripada kata adjektif, iaitu kata adjektif selapis atau kata adjektif ganda.

Contoh :
                                        i.      Ibu pejabat firma itu besar.
                                      ii.     Pakaian jelitawan itu sangat cantik.


Kata adjektif selapis boleh hadir selepas kata penguat hadapan seperti amat, sangat,      sungguh, cukup, dan terlalu.

Contoh:
                                        
                                                          
                                                        Kucing itu sangat hitam.
                                  



Selain itu, kata adjektif juga boleh hadir sebelum kata penguat belakang seperti sungguh,sekali, betul, dan sebagainya.



 Contoh:
                                  
                            

                                                  Kereta itu laju sekali.


Kata adjektif boleh digandakan untuk memberi erti banyak dan berbagai- bagai rupa bentuk serta sifatnya.

Apabila kita menggunakan kata adjektif berganda, subjek jamaknya tidak perlu digandakan.

Contoh: 




                                         Bangunan di bandar raya tinggi- tinggi.



4- Predikat Frasa Sendi Nama.
Frasa sendi nama yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh frasa nama.

Contoh :
                                      i.    Adik saya di rumah..
                                    ii.    Ali ke sekolah.
                                   iii.    Bapaku pulang dari kota.